Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan kemudian mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi
Menurut
laporan ini, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui
perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan
penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China,
apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib"
dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang
kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.
Sesuatu
yang menarik utk diberi perhatian, laporan ini menyebut, sebenarnya
Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia
menerima maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang dikesan
mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo
berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.
Antara
perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam
tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo “sangat mencurigakan” itu
dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut
Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan
Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang
mencurigakan"
Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan
Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh
GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.
Setelah
GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di atas kapal
Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera
memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan
mereka dan segera menerima "jaminan” bahawa "semua langkah" akan
diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi
sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.
Walau
bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak
diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370
dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan
International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau
Hainan)
Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA)
yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai
Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "ketara menyimpang" dari laluan
penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke
rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447
kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.
Adalah kritikal untuk
diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku,
pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi
telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di
keseluruhan Kepulauan Spratly.
Liputan telefon China Mobile
dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang
ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam
kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga
digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun
aktiviti menyelamat di lautan.
Bagaimana Tentera Laut Amerika
Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego
Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana
pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem
terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) yang berupaya menggantikan
manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka
elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti
kendalian mana-mana pesawat dron.
Walau bagaimanapun, meskipun
pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh
dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem
laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan
transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup
pada jam 01:21
Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian
ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih
belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China
Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini
di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia
kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan
perkapalan.
Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat
suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan
fakta "kehilangan" Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah
berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush
"menghilangkan" penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64
penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan
menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara
berkenaan tidak berlaku.
Sumber: bicaraworld
No comments:
Post a Comment